Pameran Halal Antarabangsa Malaysia

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau MIHAS (bahasa Inggeris: Malaysia International Halal Showcase) merupakan pameran perdagangan tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan diuruskan oleh Shapers Malaysia (dahulu Indah Profil),[1] sebagai Sekretariat MIHAS. Ia bertujuan untuk memudahkan penyumberan dan penjualan produk dan perkhidmatan halal berkualiti di peringkat global.MIHAS bermula pada tahun 2004, biasanya diadakan pada bulan April di Kuala Lumpur, Malaysia dan acara berlangsung selama empat hari. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, acara ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.